You follow I follow

Tuesday, 19 April 2016

JJCM Ikan Bakar Kuala Perlis

Assalamualaikum,

Entry tertunggak.. masukkan la ye.. sekurang2 nnt ada kenangan.. bukan senang sekarang ni anak-anak boleh berkumpul semua... along angah dah duk U.. cuti sem pun tak sama.. kadang angah balik cuti seminggu habis ja cuti along pulak cuti seminggu.. bila semua ada mama rela bawa anak2 pergi makan2 yang hebat sikit je.. selalu kalau tak cukup anak2 mmg mama ayah dan adik2 makan kat rumah ja.. nasi dengan minyak sapi pun sedap...

Kali ni bawa anak-anak..jalan jalan makan makan di Perlis.. ke Kuala Perlis pekena seafood.. selalu singgah makan kat Linda Seafood.. dah biasa dengan kedai dia..

Ikan Bakar mcm ni memang kat Kuala Perlis ja yang boleh jumpa.. kat Alor Setar payah nak jumpa.


Selalu siap ada gulai dan ulam selain lauk yang diorder..









Kalau ke Kuala Perlis suka lalu jalan belakang boleh lalu dipersisiran pantai sebelum sampai ke Kuala Perlis.. sempat tengok matahai terbenam..

No comments:

Post a Comment