You follow I follow

Tuesday, 24 March 2015

Nasi Goreng Sardin

Sepanjang minggu ni hubby asyik outst je.. anak teruna yg besar2 tak dak.. tinggal kmal, azim, aiman dan mia ja.. masak pun semua simple2 ja.. tiap malan duk atur buat nasi goreng ja, sebab senang esok pagi boleh buat bekal ke sekolah sekali.. malam ni menu makan malam Nasi Goreng Sardin kesukaan anak-anak..


kmal cuma makan  kuah laksa.. dgn telor goreng ja.. maklum tengah diet..



Sapa nak cuba buat.. memang sedap.. resepi kmal ambik dari blog kak azie

Nasi Goreng Ikan Sardin
Sumber : blog k.azie

Bahan bahan
Nasi putih
Ikan sardin - hancur kasar kasar
3 biji telur
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil
1/2 bawang besar - hiris
3 - 4 bawang putih - hiris
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
4 bawang merah
5 cili padi
7 cili merah (boleh juga guna cili kering kisar)

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sebelum masukkan bahan kisar. Goreng sehingga wangi.  Masukkan karot dan kacang panjang.  Kacau hingga kacang agak layu.
Masukkan ikan sardin yang dihancurkan kasar. Ketepikan bahan bahan yang ditumis dan pecahkan telur. Masukkan nasi dan kacau cepat cepat supaya telur bersalut di nasi.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. 
Boleh lah angkat dan dihidangkan panas panas. Boleh lah tabur bawang goreng, daun bawang, cili merah atau apa apa yang disukai.
ini bahan2 kmal guna..


No comments:

Post a Comment