Assalamualaikum,
Dengan bangganya kmal puashati berjaya buat Laksa Penang
Lagi rasa puas bila hampir 100% rupa, gaya dan rasa sama
seperti yang dicari2.. nak pi beli kat kedai tu.. amboi payah
sangat ..asyik x niaga ja.. boleh jumpa tiap hari pun masa
bazar ramadhan...
tiga hari tiga malam ulang makan tu ja.. anak2 pun cakap
"mama..makan laksa ni berantu.. asyik nak tambah.."
Cari resepi Laksa Penang lama dah.. puas google, 4 hari
lepas tgh belek2 FB tup..tup naik kat wall kak azlita letak
step by step Laksa Penang.. terusbuka CP.. print.. hari
jumaat pergi market balik buat..
Disebabkan hubby outst.. 2 hero yg besar2 semua balik U
yg nak makan kmal, dan hero kecik dan Mia ni.. kmal
jemput adik yg tinggak berdekatan.. esok tu bawa kat umah
mak kmal.. lega semua dapat rasa..
Kuah yg ada baki.. lagi sedap.. bila diulang perangat..
mlm tu rebus laksa.. bawa jamu member ofis makan..
selesai..
Utk resepi elok tgk ke sini Laksa Penang.. kak Azlita siap tunjuk
step by step sampai ke gambar bahan2 pun ada.. sapa yang tak kenal
bunga kantan ka.. asam keping ka.. elok sangat.. dpt belajar.
Masa nak buat ni siksa nak cari bunga kantan... payah sungguh.
Resepi ni memang resepi Laksa Penang yang sedap.. mudah..
Cara makan..tiap suapan mesti ada nenas daun ulam, pudina
dan cili api.. fuuhhh.. bertambah2 ..
No comments:
Post a Comment