Tuesday 26 August 2014

Homemade Mushroom Soup dgn Garlic Bread


Fresh Mushroom Soup and Garlic Bread


Ini kali pertama buat mushroom soup guna fresh mushroom, selalu nak cepat
buat yang ready made dlm tin.. tapi lepas buat ni tak susah pun, kejap ja dah siap..

Ramai kawan2 tak sabar nak resepi...kan
Pertama nak ucapkan terima kasih banyak2 pd Kak Jee.. Sumber resepi ambik dr blog kak jee
disini  .. sapa rajin pergi la ke blog kak jee.. kmal rajin ambik resepi dr situ.. semua sedap2.

Satu ka kisah sedih.. sehari selepas kmal sempat salin resepi ni..
ada satu kejadian.. mungkin salah kmal.. 
Ye la..kita sebagai manusia tak tahu hati budi masing2.. kmal pun tak sempurna, 
kalau kmal tahu seseorg tu tak sesuka sesuatu..memang kmal takkan buat..
tp mungkin kmal tgk k.jee pun berniaga online jugak.. rasanya mungkin k.jee ok..
kmal PM ke inbox FB  k.jee produk yg kmal niagakan. Silap kmal k.jee tak suka.. 
tak pe la..kmal anggap semua ni pengajaran dan asamgaram dunia perniagaan.
Tapi sedih tau dr kes tu.. kmal terus tak dpt dah nak baca kisah k.jee dan resepi k.jee.
TAPI nasib ada blog.. tak pe.. lepas ni kmal tgk senyap2 ja.. tak nak buka mulut dah..
K.Jee.. halalkan semua resepi yg saya dah ambik utk dicuba..ya.


Bahan2 boleh rujuk di gambar ya..


BAHAN2 :* resepi kmal ni boleh dlm 5 mangkuk
1 pek cendawan  tiram, 1 pek cendawan shitake
* separuh blend halus, separuh cincang kasar
2 biji bawang sederhana besar
2 sudu butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
2 kiub ayam
1 ½ cwn air
1 ½ cwn susu atau ikut kepekatan yg dikehendaki
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
dan * kmal tambah fresh pasley yg dicincang dlm 1 sudu kecik dan dry oregano
Garam secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA:

Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. 
panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak. bila butter dah cair, 
masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. 
kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. 
taburkan tepung dan  kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. 
kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. 
masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi.
kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki.
bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. 

Senang kan, lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sebab ada bahan pengawet.
Tip dari k.jee kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus ayam. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. carik2 ayam dan masukkan bersama cendawan. hah dah jadi chicken mushroom soup.

Garlic Bread
Sedap sangat mushroom soup ini kalau dimakan dengan garlic bread.
Untuk buat garlic butter, letak setengah block butter pada suhu bilik, pastu tumbuk halus 5 atau 6 biji bawang putih sedikit pasley cincang, lada putih sikit Campurkan ke dalam butter.. Boleh simpan lama dalam peti ais. 

Bila nak buat garlic bread, sapu jer garlic butter tu pada satu permukaan roti dan bakar atas kuali atau grill sampai garing.  

Bila buat guna fresh mushroom ni biasalah kan bau cendawan.. nak bg kurang sikit baunya kmal cincang pasley dan letak dry oregano sikit.



Puteri Mia tengah bersantap... suka betul dia kalu buatkan apa saja..janji sup..


No comments:

Post a Comment