Saturday 9 March 2013

DOA-DOA KESELAMATAN KEPADA PARA POLIS DAN TENTERA YANG BERTUGAS

Assamualaikum..

Al-fatihah untuk Anggota Polis yang terkorban di Lahat Datu

Sumber ini Kmal ambik dari blog resepirahsiaku.com sesuai diamalkan

Disini ada beberapa doa-doa keselamatan yang elok dibaca dan diamalkan. Para isteri-isteri yang mana suami mereka terlibat dengan "Ops Daulat" di Lahad Datu, Semporna, Sabah. Boleh berdoa untuk mereka yang berada disana supaya beroleh keselamatan dan dipeliharakan oleh Allah SWT dari bahaya.

1. DOA MENGELAKKAN MUDARAT ATAU DOA PENDINDING DAN PENGGERAK.



Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. DOA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT


Maksudnya:

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (Surah At Taubah: Ayat 129)

3. DOA SUPAYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARI KEJAHATAN PARA PENJAHAT DAN PARA PENZALIM.




Maksudnya:

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).
 4. DOA DIPELIHARA DARI PARA PENZALIM DAN MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT.


Maksudnya:

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

SEMUGA ALLAH SWT MEMELIHARA SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DAN POLIS MALAYSIA KITA DAN BEROLEH KEJAYAAN YANG BESAR MEMUSNAHKAN PENGGANAS SULU.

SEKIAN WASALLAM.

No comments:

Post a Comment