Tuesday 19 March 2013

SAGO GULA MELAKA MY FOV

Assalammualaikum,

Selingan ... nanti Kmal sambung cite kami makan2 di Guar Cempedak kedai member hubby yang mesti kami singgah selepas turun dari Gunung Jerai... Kali ni Kmal nak letak resepi pemanis mulut yang menjadi kegemaran Kmal lebih-lebih kalau di bulan puasa.. ini mesti jadi menu wajib.. selang selang hari mesti buat..

layan je gambar dan resepi ye..

SAGO GULA MELAKA


Sago Gula Melaka
Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :

1.Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara Adunan B :
1.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2.Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C :

1.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :
1.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3.Siap untuk dimakan!!!


No comments:

Post a Comment