You follow I follow

Saturday, 21 June 2014

CUCUR KEMBUNG (CUCUR MANIS BERBAWANG)



Assalamualaikum,

Menu sarapan dihari minggu.. rajinkan diri, buat Cucur Kembung 
atau ada gak yang panggil cucur manis. Kmal suka tambah bawang..
sebiji bawang besar hiris nipis2.. bila makan terasa bawang sekali..best

Buat jugak sambal ikan bilis untuk pelengkap cicah cucur ni..lag bertambah
sedap.. manis2 campur pedas.. kalu buat utk minum petang, kena pula cuaca
hujan.. lg laju ja makan. Selalu buat tak pernah letak mayonis.. resepi ni cuba 
masuk mayonis.. rasa lemak2 manis.. sedappp..

Jom tengok resepi:

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 gula pasir halus
3 sudu besar mayonis
1 biji telor
Air panas (suam) secukupnya
Minyak untuk mengoreng
* Kmal letak jugak hirisan bawang besar yg dihiris halus

Caranya:
Masukkan kesemua bahan diatas dalam satu bekas KECUALI air suam
Gaul sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai dapat
adunan yg boleh dijemput dgn tangan.
Adunan ni tak payah perap lama2, dlm 20 minit cukup sb dah guna
tepung naik sendiri.
Panas minyak, goreng dalam minyak yg sederhana panas.. siap
Boleh makan cucur ni dgn sambal ikan bilis.


Selain cucur ni.. hubby singgah pasar tani beli bubur berlauk, lepas hantar
Aiman ke sek ganti hari sabtu. 
Ini bubur yg famous di Asetar..ini lauk tak pedas.. simple.. kalau nak ada 
macam2 lauk lagi boleh pilih.


No comments:

Post a Comment