You follow I follow

Saturday, 21 June 2014

MASAK LEMAK DAGING SALAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tgk pokok kunyit makin menjadi2 ..geram tgk daun kunyit yang cantik,
terus terbayang masak lemak, minta anak bujang pergi beli daging dlm 10
ringgit, cuci2, kmal salai dalam panggang ajaib.. luar dah garig.. dalam
masih berjus lg.. tak le kering sgt daging..

Sambal ikan bilis ada berbaki yg cicah cucur kembung, tambah Masak lemak,
goreng sawi dan buat telor dadar.. dah lengkap.

Jom tengok resepi Masak Lemak Daging Salai yg hubby buat..

Bahan-bahan seperti dibawah,


Daging disalai dan dihiris -anggar dl 10 Ringgit
Santan segar atau santan kotak (kmal guna sekotak ini dan tambah air)
*5 biji cili api - boleh kurangkan cili api jika ada anak2 kecik takut pedas.
*kunyit segar sebesar ibu jari- nak kuning lg ble tambah
2 btg serai - titik
Sehelai daun kunyit - carik2
2 biji kentang - potong bujur
air secawanCaranya:
Dalam kuali/periuk, masukkan daging, bahan bertanda * yg dah ditumbuk, serai
ubi kentang.. masak sekejab hingga air daging terbit dan kering sikit, masukkan
sekotak santan dan secawan air, sentiasa kacau supaya tak pecah santan.
Kacau lagi, bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit.
Tunggu sehingga 10-15 minit, daging dan kentang dah empuk.
Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.. Siap


Random photo.. buah hati pengarang jantung.. Mia dan kiki

No comments:

Post a Comment