You follow I follow

Monday, 16 June 2014

Nasi Bukhara

Assalamualaikum,

Nasi Bukhara ni baru pertama kali cuba buat
memang sedap..  ambik resepi dr blog kawan2
asalnya Nasi Bukhara Kambing.. tp kmal cuba
buat Nasi Bukhara Ayam.. hasilnya tidak mgecewakan..

Nasi Bukhara Ayam.. side dish ada Ayam Masak Merah
dan Salata Hara.. sbb stok daun pudina byk dlm pasu.


Nasi Bukhara Kambing/Ayam
Resepinya:

Kambing/Ayam direbus

1 Kg beras/(3 pot susu)
30gm rempah Masala (kmal guna rempah nasi bukhara Faiza)
500 ml air stok -dr rebusan Kambing/Ayam
500 ml air biasa
40 gm Minyak Sapi

Bahan A:
Air stok, tomato cincang/dadu, daun pandang, daun bay, daun pudina,garam, 
gula batu 2 ketul(utk kilat)
Masukkan semua bahan dlm periuk bersama air stok dan masak sehingga mdidih.

Bahan B:
Tumis rempah 4 sekawan dlm minyak sapi yg dipanaskan. Kemudian masukkan
halia yg dipotong, bwg putih(dhiris), masukkan sedikit air stok dan rempah masala.
Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak dan pindahkan ke rice cooker.
Bila nasi masak, masukkan daging kambing/ayam, badam/kismis dan gaul.
Tabur bawang goreng, daun ketumbar dan pudina.

Salata Hara:
Ble jugak dgn sebarang nasi spt kabsa dll
Bahan:
2 biji tomato
2 biji cili hijau
seikat daun pudina (ambil daun saja)
1/2 biji lemon (ambil jus)
Blend semua..siap.

Senang nak masak apapun kat laman hampir semua ada ketumbar , pudina, pegaga, cili, sayur2 
cuma ketumbar ni sempat sekali guna sbb payah nak hidup, pudina dah berpasu2 biak.








No comments:

Post a Comment