You follow I follow

Wednesday, 25 June 2014

ROTI KERCA SESUAI UTK RAMADHAN DAN RANDOM PHOTOS


Assalamualaikum,

Ramadhan bakal mengunjungi kita.. Roti Kerca hidangan enak dan unik,
ni salah satu menu wajib di bulan puasa.. Roti Kerca ni ala2 pasta tapi versi melayu..



Cara nak buat roti ni lebih kurang mcm nak buat lempeng je..cuma cair sikit je..

biar boleh digelek2 dlm pan non stick tu.

Jom tgk resepi..

ROTI KERCA

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan

terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat

kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat

UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.


Ini rupanya..Kuah Roti Kerca..rasanya pedas2 macam ala2 sos spaggeti..

ini boleh dikatanya pasta org melayu. 






Roti Kerca ni memang terkenal di utara tp kuahnya lain tak sama..sbb di tempat lain
di makan dgn kuah kari daging.
Resepi dari org utara Syed sobri dlm majalan SAJI

Random Photos - Buah Hati Pengarang Jantung - Along (Amirul Mustakim)

Anak sulung dah masuk 22 tahun, sekarang dah masuk sem akhir di UITM
Dari pandangan kmal, along memang anak yg baik bertanggungjawab
rasanya boleh pikul tanggungjwb mjaga adik2 klu kmal dan ayah tiada..

Sikap tanggungjawab terserlah bila ada saat mama ayah susah, along sanggup
berdiam diri walaupun wang belanja habis..dan pandai mencari kerja utk 
menampung hidup di kampus.. anak yg susah sgt nak minta duit dr mama atau
ayah, hanya minta jika keperluan itu sangat2 penting. Memang kawan baik mama
pendengar setia masalah mama.. tkasih abg ayoi.. mama sayang ayoi.






No comments:

Post a Comment