Assalamualaikum,
Ini menu makan malam baru-baru ni.. menu kegemaran
anak2.. biasalah kan klu buat Nasi Lemak dipadankan
dengan Sambal Daing Burger laju ja anak-anak makan..
sekejap dah habis seperiuk..belanja pun tak banyak..sbb
stok santan sentiasa ada dlm peti ajaib kat dapur tu..
lain2 bahan semua wajib ada kat dapurkan.. cuba keluar
beli daging burger ja.. kos makan malam ni tak sampai 5 ringgit.
Ingat boleh lah.. rasa utk sarapan pagi esok.. hemm habis malam
tu jugak.. sapa nak cuba..cuba la.. ada jugak kelainan bila buat
nasi lemak.. tak le jemu dgn sambal ikan bilis ja.
NASI LEMAK SAMBAL BURGER
Bahan-bahan
Nasi:
4 kepul beras (sukatan kmal guna bekas dadih yg tinggi sikit tu)
3ulas bawang merah - dihiris
Halia sebesar ibu jari - dihiris
daun pandan - disimpul
Halba 1 sudu kecil
Santan - kmal guna sekotak santan.
Bahan Sampingan:
Timun
Telor Rebus
Ikan bilis Goreng
Cuci beras.. tos, masuk dlm periuk nasi, masuk semua bahan diatas,
tambah air ikut sukatan spt masak nasi cuma kurangkan sedikit sahaja
sukatan.. masak seperti biasa.jgn lupa kacau nasi ya..
Sambal Burger:
1 peket Daging Burger - digoreng dahulu dan dipotong dadu besar
3 biji kentang - potong dan digoreng dahulu.
2 sudu makan cili kisar - atau ikut kesesuaikan masing2 klu nak pedas
4 ulas bawang merah dan 2 ulang bawang putih - ditumbuk halus
Sebiji bawang besar di potong besar
Asam jawa - kla guna pes asam jawa Adabi dlm 2 sudu makan
Air dl 1 cawan
Garam dan gula secukup rasa
Panas minyak, masukkan bwg2 yg ditumbuk
masukkan cili kisar.. masak hingga cili betul2 dah garing
masukkan pes asam jawa, air ikut nak byk mana kuah..
masukkan bawang besar hiris.. masukkan garam gula
secukup rasa.. nading burger dan kentang.. rasakan.. siap.
No comments:
Post a Comment