You follow I follow

Sunday, 30 June 2013

Pajeon

Assalamualaikum,

Daun bawang dah boleh tuai.. serentak semua.. nampak gaya
makan malam kami anak beranak.. malam ni ala korean la..
Petang tu tuai daun bawang.. untuk buat Pajeon.

Apa itu Pajeon.. ala google je.. keluar la nanti.. Pajeon ni
lebih kurang lempeng daun bawang.. sedap makan panas
kena pulak dengan soy sos dengan rasa pedas, masam,
manis.. secukup..

Ini Pajeon yang kmal buat dari tuai daun bawang kali pertama



Bahan:
1 cawan tepung
1 cawan air ais
Garam, gula secukup rasa
bijan
soy paste ( tak dak..kmal x letak) ..
(semua ni gaul sebati mjadi better)

Daun Bawang dalam segengam dipotong spjg 4"
carot potong memanjang
isi ayam dadu kecil.. ble jugak letak sotong, udang.

Panas minyak sayur
Masukkan ayam, gaul hingga masak, serakkan dlm pan
taburkan daun bawang, carot.. serakkan seluruh pan
tuang better hingga menutupi semua bahan.
Biar garing bhgian bawah, alihkan.. garing sikit
boleh angkat dan dimakan panas2 dgn sos soya.

Sos Soya:
3 camca besar kicap cair
1 camca besar cuka
sedikit madu
bawang cincang,
daun bawang dihiris,
cili hijau dan cili api, hiris halus
bijan.

antara bahan2 Pajeon

Ini .. bila bahagian bawah garing boleh alih ye

Ini kali kedua buat hasil tuaian daun bawang..



Daun bawang hasil tuaian pertama

Ini tuaian kali kedua..




No comments:

Post a Comment