Monday, 10 June 2013

Solo Ride Part 1 - Alor Setar-Frazer Hill


Assalamualaikum,

Ni kisah Kmal berdua dgn hubby.. rasanya  hujung tahun lepas, perancangan
asal nak ke Penang saja.. ibarat honeymoon la jugak.. Aiman dan Azim
tinggal dgn mak Kmal, Mia dengan pengasuh.. 

Nak dijadikan cerita, sebelum bertolak.. kena bawa Mia ke klinik dulu dalam pukul
9.00 baru bertolak.. target nak sarapan di Penang.. tapi dah nak dekat Penang 
hubby cakap.. kita ke KL ja la.. bukan selalu.. kmal ikut ja.. yg nak bawa moto dia,  
tapi risau gak.. boleh btahan ke, jenuh lenguh pinggan smtara nak sampai KL,

Kul 10.30 lebih sampai Bukit Merah.. boleh bayang tak laju mana.. kmal yg duk 
belakang ni.. tak putus2 baca ayat kursi.. nak apa lg.. nak bersembang mana nak
dengar.. dgn full face helmet tu.. berdoa ja la.. lepas sarapan.. isi minyak.. lurus2kan
kaki sekejab.. sambung pjalanan.. hubby cakap dlm kul 2 lebih sampai le KL.. 
tapi dia dah ubah plan.. katanya awal lagi.. kita naik Frazer Hill nak.. jd... vrommm
dalam kul 3 lebih sampai atas Frazer Hill, tak byk keta.. jln pun licin ... 

Ini OTW nak mula naik Ke Frazer Hill.. jumpa empangan cantik sangat..
berhenti kejab.. snap..snap.. jalan..



Ini dah sampai atas puncak Frazer Hill..posing dulu utk kenangan.



Posing pulak di mercu tanda bahawa anda sudah sampai ke puncak Frazer Hill





Kemudian cari makan.. jumpa food court.. makanan boleh la.. dan mahal..


Kemudian ronda-ronda..jumpa tempat sayur-sayuran.. kami berdua sama minat.. apa lg
banyak sayur, bunga, strawberry pun ada.. masuk free ja..




dah puas.. merempit sekejap seluruh Frazer Hill.. kemudian dlm kul 5, kmal turun..
masa otw ke KL hubby lalu jln belakang, apa tah..   tak tahu kmal tapi ada jumpa 
tasik cantik sgt.. dlm celah tu ada niat nak naik Genting.. kmal.. sudah..sudah la..
dah nak patah pinggang ni.. jd kami terus ke hotel.. check in dlm kul 7.00 mlm 
lebih kurang.. 

Ok.. stop dulu kisah ASetar-Frazer Hill.. sambung Xtvt mlm tu jugak.. naik Genting.

No comments:

Post a Comment