Thursday, 13 June 2013

Tanamsendiri - Tuaian hari ni Daun Bawang

Assalamualaikum,

Jumaat hari yang santai, pagi- pagi dah semangat nak bangun, nak tengok anak
anak angkat kat depan laman rumah,,, sebab 3 hari turut hujan turun selebat lebatnya.

Segar mata.. tengok semua pokok sayur menghijau.. dan dah ada melentuk lentuk minta
dituai.. ingat nak buat cucur ja untuk sarapan, rasa dapat la tuai daun bawang yang dah 
matang.. kmal potong ja mana yang perlu.. nnt daun bawang ni akan tumbuh balik.

Cili padi pun dah banyak yang merah, sebab kmal tak sempat nak ambik.. jadi ambik ja
yang dah merah nnt fikirlah nak buat apa..

Ini hasil tuaian pagi ni.. Daun Bawang dan Cili Padi.

Buat masa sekarang baru ada sepasu daun bawang.. 

Coming soon.. ada sepasu panjang.. nnt boleh guna hingga bulan puasa.. pudinapun ada
di tengah-tengan pokok bawang.

Hasil tuaian daun bawang pagi ni.. jadilah cucur daun bawang.. 




No comments:

Post a Comment